Permohonan berkahwin secara online?
BNO?
Anda mungkin tidak pernah dengar atau amat jarang mendengarnya.
Tetapi pada masa ini, ianya amat penting dalam menguruskan permohonan kelulusan pernikahan yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Sekiranya anda masih belum tahu atau amsih kurang jelas, Permohonan Berkahwin Secara Online (BNO) ini menggunakan sistem SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia).
Sistem ini digunakan untuk memudahkan proses permohonan kelulusan perkahwinan dan juga untuk memudahkan pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
.
.
1. Negeri-negeri mana yang menggunakan sistem SPPIM ini?
Negeri-negeri yang menggunakan sistem SPPIM ini adalah:
+ Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
+ Negeri Sembilan
+ Melaka
+ Perak
+ Kedah
+ Perlis
.
.
2. Pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan mesti membuat permohonan kelulusan berkahwin secara online sekiranya:
a. Kedua-dua pemohon atau pasangan ini adalah dari negeri-negeri yang menggunakan sistem SPPIM.
b. Salah seorang dari pasangan atau yang memohon adalah dari negeri-negeri yang menggunakan sistem SPPIM.
c. Kedua-dua yang memohon adalah dari negeri yang tidak menggunakan sistem SPPIM tetapi – mereka bakal melangsungkan majlis akad nikah di negeri-negeri yang menggunakan SPPIM.
.
.
3. Permohonan berkahwin secara online ini mesti dilakukan oleh salah seorang dari pemohon atau pasangan, tidak kira pihak lelaki atau pihak perempuan.
.
.
4. Pihak perempuan boleh memohon kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pihak lelaki telah mendapat kebenaran berkahwin yang mana statusnya telah lulus di dalam BNO.
.
.
5. Tarikh cadangan hendak berkahwinan mestilah tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
.
.
6. Yang memohon perlulah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh mereka akan akad nikah.
.
.
7. Yang memohon mestilah menyimpan nombor rujukan BNO dan emailkannya selepas permohonan dilakukan. Ianya adalah untuk rekod, semakan atau kemaskini.
.
.
8. Kemaskini permohonan BNO hanya boleh dilakukan selagi ianya belum diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) .
Sebarang pembetulan informasi untuk permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
.
.
9. Yang memohon – pihak lelaki atau pihak perempuan – mesti membawa semua dokumen sokongan seperti yang tersenarai di dalam BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan siap ditandatangani oleh yang memohon, wali (bagi pihak perempuan) dan juga Penolong Pendaftar kariah atau kawasan.
.
.
10. Yang memohon mestilah mengetahui di mana kariah atau tempat dia bermastautin.
.
.
Anda mungkin confuse atau keliru apabila anda mendengarnya buat kali pertama.
Bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana di dalam kursus kahwin, perkara Pemohonanan Berkahwin Secara Online (BNO) ini akan diterangkan secara panjang lebar oleh penceramah yang bertauliah.
Di sesi itu, anda boleh tanya habis-habis sekiranya anda masih keliru atau masih tidak faham.
Penceramah yang bertugas akan sedia membantu anda dan pasangan anda.
Cuma anda jangan segan bertanya ye.
.
.
NOTA
Untuk pertanyaan atau booking, Whatsapp saya di [0136231974]