Thursday, January 2, 2014

Bila Sijil Boleh Di Ambil?

BILA PARA PESERTA BOLEH MENGAMBIL SIJIL KURSUS KAHWIN MEREKA? Setelah mereka menghadiri kursus kahwin dan setelah senarai nama yang ditandatangani oleh para peserta dan penceramah-penceramah, Sijil Kursus Kahiwn akan dikeluarkan oleh pihak JAWI pada hari Rabu. Oleh itu para peserta kursus kahwin di Pusat Kursus Kahwin kami boleh mengambil Sijil Kursus Kahiwn bermula pada hari Rabu pukul 12:00 tengahari. Para peserta boleh datang sendiri ke Pusat Kursus Kahwin kami untuk mengambilnya dan waktunya Pusat Kursus Kahwin kami dibuka adalah seperti di bawah: Rabu- 9.30pagi hingga 3.30 petang Khamis- 9.30pagi hingga 3.30 petang Jumaat- 9.30pagi hingga 3.30 petang (juga dibuka pada waktu Solat Jumaat untuk kemudahan peserta perempuan mengambilnya) Sabtu- 8.30 pagi hingga 6.30 petang Ahad- 9 pagi hingga 1.30 tengahari. Ini bermakna, para perserta cuma menunggu hanya selama 2 setengah hari sahaja untuk memperolehi Sijil Kursus Kahwin. Cepat, bukan?

No comments:

Post a Comment