Thursday, January 2, 2014

Prosedur Perkahwinan Islam Bahagian 1

PERMOHONAN UNTUK KEBENARAN BERKAHWIN 3.1 Pengesahan Permohonan Berkahwin i. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya. ii. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin menggunakan borang yang ditetapkan. iii. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap oleh pemohon. iv. Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut: - Salinan Sijil Kelahiran. - Salinan Kad Pengenalan. - Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI - Keputusan Saringan HIV kedua-dua bakal pengantin. - Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan (jika pemohon seorang lelaki). - Surat perakuan cerai (jika pemohon bercerai hidup). - Surat perakuan mati (jika pemohon bercerai mati). - Surat akuan memeluk agama Islam (jika saudara baru). - Surat kebenaran daripada Jabatan polis (jika pemohon anggota polis). 6 - Surat kebenaran dari angkatan Tentera (jika pemohon anggota tentera). v. Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.

No comments:

Post a Comment